Wednesday, 29 April 2020

TANDA BACA






   
TANDA BACA

Tanda baca ialah simbol yang bertindak untuk menunjukkan struktur serta penyusunan penulisan dan biasa juga, untuk intonasi (turun naik nada suara) dan penghentian sebenar ketika membaca dengan suara yang lantang. Beberapa aspek dalam penggunaan tanda baca adalah stilistik dan oleh itu, bergantung kepada pilihan penulis.



Tanda baca
Penggunaan
Contoh Ayat
1.Tanda noktah
 ( . )
Pada akhir ayat penyata
Singkatan bagi gelaran, pangkat, jawatan dan sebagainya
Bapa Ali bekerja di Kuala Lumpur.
Y.B. Dato’ Karim  akan melawat sekolah kami.
Dr. Kamariah terkenal di hospital itu.
2.Tanda koma
( , )
Mengasingkan sesuatu yang sama jenis dalam ayat.
Selepas kata seru
Sebelum tanda pembuka

Kata ( “ ) atau penutup kata ( “ )
Emak pergi ke pasar membeli buah oren, epal, tembikai dan betik.
Wah, cantiknya kasut kamu!
Ali berkata, “saya tidak datang kerana hujan lebat.”
“Kita akan bertolak sebentar lagi,”kata Cikgu Anita kepada murid-muridnya.
3.Tanda Tanya ( ? )
Pada akhir ayat tanya
Berapakah harga beg itu?
4.Tanda seru
( ! )
Pada akhir ayat seruan
Untuk menunjukkan perasaan marah,sedih,suka dan sebagainya.
Aduh, sakitnya gigi saya!
Awaklah yang menyusahkan kami semua!
5.Tanda sempang
 ( - )
Memisahkan kata-kata dalam kata ganda
Merangkaikan imbuhan ke- dengan angka
Murid-murid sedang bermain bola keranjang.
Pasukan bola sepak sekolah kami telah mendapat tempat ke – 3 dalam kejohanan itu.
6.Tanda pengikat kata
 ( “.......” )
Pada awal dan akhir ayat cakap ajuk.
“ Saya suka makan laksa ” kata kamisah.
7.Tanda noktah bertindih
 ( : )
Untuk penerangan lanjut tentang sesuatu
Tulis masa
Dalam dialog
Butir-butir tentang konsert adalah seperti berikut :
Kami dijangka sampai di sana pada pukul 2:00 petang.
Ali: Sudah lamakah kamu sampai?
Siti : Tidak, saya baru sampai.
8.Garis condong
( / )
Untuk
menggantikan dan
atau dan per
Digunakan dalam nombor rujukan surat
Tuan / puan
dikehendaki  mengembalikan
      borang jawapan 
      secepat mungkin.
Surat tuan yang bernombor rujukan Sek/01/01 telah saya terima.
9.Tanda kurung (  )
Untuk penjelasan tambahan
Kakak saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) tahun ini.
10. Tanda Kurung Siku [ ]
Digunakan untuk mengapit penjelasan yang sudah bertanda kurung
Menara Kuala Lumpur (KL) adalah  mercu negara Malaysia [Lihat muka surat 60 di dalam buku teks]
11. Tanda Petik ( “ “)
Digunakan untuk penulisan cakap ajuk
”Terima kasih cikgu,”kata Ali kepada Cikgu Nadiah.
12Tanda Petik Tunggal
 ( ‘ ‘)
Digunakan untuk mengapit perkataan yang terdapat dalam tanda petik
Amboi, sejak sudah ‘berumah tangga’, tersenyum sahaja.
14. Tanda Koma Bertitik (;)
Digunakan untuk memisahkan ayat yang setara
Kami semua lulus dalam ujian Bahasa Melayu
Aisyah 90 markah,  Jumira  80 markah dan Erma 85 markah.
15. Tanda Pisah (_)
Digunakan untuk memisahkan keterangan sesuatu idea
Terdapat pelbagai emosi yang diekspresikan oleh guru pelatih sepanjang tempoh PKPK. ___ bosan, marah, stress dan gembira.



No comments:

Post a Comment