POLA KESELARASAN VOKAL
Memandangkan bahasa Melayu semakin berkembang dan bersifat dinamik, penyelarasan sistem ejaan wajar dilakukan dan telah dilaksanakan dengan diberi nama sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu. Sistem ini merupakan rentetan kepada usaha permunian sistem ejaan bahasa Melayu di negara.
Berbicara soal pola keselarasan huruf vokal, ia boleh dedifinisikan sebagai keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata dasar. Pasangan dua suku kata tersebut merupakan pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir dan huruf vokal pada suku kata akhir yang tertutup.
Prinsip keselarasan berlaku dengan syarat
- Kselarasan berlaku antara dua huruf vokal pada dasar
- Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup
- Bagi perkataan yang mengandungi tiga suku kata atau lebih, keselarasan huruf vokal ini dikenakan pada suku kata terakhir sahaja, iaitu pasangan suku kata praakhir dengan huruf vokal di suku kata akhir tertutup.
Dalam bahasa Melayu, terdapat enam bunyi vokal yang terhasil daripada alat artikulasi manusia. Huruf - huruf yang melambangkannya ialah a, e, e, i, o, dan u. keistimewaan yang terdapat dalam huruf vokal bahasa Melayu ialah pada huruf e. Huruf e juga membentuk dua jenis bunyi vokal, iaitu vokal e taling dan e pepet. Dahulunya, ketika Sistem Za'ba diguna pakai, vokal e taling ditandakan pada atas huruf e, iaitu é untuk membezakan antara vokal e taling dan e pepet.

POLA KEKECUALIAN KESELARASAN VOKAL
EJAAN KATA PINJAMAN
Structure = Struktur
Technique = Teknik
EJAAN KATA DASAR DAN KATA TERBITAN
EJAAN SINGKATAN KATA NAMA
EJAAN KATA SENDI NAMA
Kata sendi nama "ke" mesti ditulis secara bercantum atau serangkai dengankata yang mengikutinya sekiranya dijadikan sebagai bentuk dasar untyk membentuk kata kerja terbitan.
Terdapat beberapa kekecualian yang dibuat khusus untuk mengeja perkataan yang dipinjam dari bahasa serumpun seperti bahasa Jawa dan perkataan pinjaman daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
EJAAN KATA PINJAMAN
- Bentuk visual atau huruf ialah bahasa Inggeris tetapi diucapkan menurut bahasa Melayu.
Structure = Struktur
Technique = Teknik
- Mengekalkan penulisan unsur-unsur depanan bahasa Inggeris
au = audio
dia = dialek
elek = elektrik
tele = telvisyen
- Mengekalkan gugus konsonan pada bahasa Inggeris dengan penyesuaian
Clinic = klinik
Drama = drama
Primitive = primitif
- Kekecualian dalam pengejaan bahasa Inggeris yang mengandungi gugus konsonan iaitu huruf e pepet dimasukkan di antara gugus konsonan
Class = kelas
Club = kelab
Glass = gelas
- Pengejaan huruf g yang diucapkan /j/ dalam bahasa Inggeris tetapi pengucapannya adalah dengan mengikut sebutan bahasa Melayu.
Agenda = agenda
Technology = teknologi
Tragedy = tragedi
- Kata ambilan umum daripada bahasa Arab dieja menurut sistem ejaan rumi dan diucapkan menurut kaedah sebutan Melayu
Mudharat = mudarat
Mithal = misal
Ma'mal = makmal
EJAAN KATA DASAR DAN KATA TERBITAN
Awalan
Akhiran
Apitan
Sisipan
EJAAN SINGKATAN KATA NAMA
EJAAN KATA SENDI NAMA
Kata sendi nama "ke" mesti ditulis secara bercantum atau serangkai dengankata yang mengikutinya sekiranya dijadikan sebagai bentuk dasar untyk membentuk kata kerja terbitan.






No comments:
Post a Comment