Wednesday, 29 April 2020

SEBUTAN


SEBUTAN 

Prinsip sebutan
Sebutan dalam bahasa Melayu adalah berasaskan sistem sebutan baku. Baku bermakna standard atau piawai. Sistem baku bermakna perkataan dibunyikan seperti mana ia dieja. Bagaimana sesuatu perkataan itu dieja, begitulah cara dia disebutkan (atau dibunyikan).

 1. ABJAD 

Abjad yang digunakan dalam ejaan bahasa melayu terdiri daripada huruf yang berikut. Sebutan huruf disertakan di sebelahnya : 
Huruf
Sebutan
Huruf
Sebutan
Aa
e


Ss
es
Bb
bi


Tt
ti
Cc
si


Uu
yu
Dd
, di


Vv
vi
Ee
i


Ww
dabliu
Ff
ef


Xx
eks
Gg
ji


Yy
wai
Hh
ec


Zz
zet
Ii
ai


Jj
je



Kk
ke



Ll
el



Mm
em


Nn
en



Oo
o



Pp
pi



Qq
kiu



Rr
ar






2. HURUF VOKAL

Huruf vokal dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada a , e , i , o dan u. Huruf e melambangkan dua bunyi , iaitu e pepet dan e taling.

                                                                       Huruf Vokal
  
a , e* , i , o ,u
 Contoh Penggunaan : 
 di depan : api , enak,  emas, itu , oleh , ulang
di tengah : padi , petak , kena , simpan , kota , bumi 
di belakang : bola , sate , sosiolisme , murni , pidato ,ibu

e taling: enak, petak, sate
e pepet: emas, kena, sosiolisme.


3. HURUF DIFTONG

Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal sebagai berikut: ai, au, dan oi.
Gabungan Huruf Vokal : ai , au , oi
Contoh Penggunaan : 
di depan : aileron , aurat , oidium
di tengah : ghairah , saudara , boikot
di belakang : gulai , harimau ,amboi

4. HURUF KONSONAN 

Huruf konsonan dalam ejaan bahasa Melayu terdiri daripada huruf-huruf selain a, e, i, o, u

Huruf Konsonan 

b
c
d
f
g
h
j
k
l
m
n
p
q
r
s
t
v
w
x
y
z

Contoh Penggunaan :  
di depan : bahasa , cakap , dua , fakir , guna , hari , jalan , kami , lekas , maka , nama , pasang , Quran , raih , sampai , tali , variasi , wanita , xenon , yang , zaman
di tengah : sebut , kaca , ada ,hafaz , tiga , saham , manja , akar , alas , kami , anak , apa , Furqan , bara , asli , mata , universiti , hawa , - , payung , lazat
di belakang : adab , Mac , abad , maaf , beg , buah , kolej , kakak , kesal , demam , pesan , siap , Tariq , putar , lemas , rapat , - , - , - , Quraisy , lafaz 


5.  GABUNGAN HURUF KONSONAN 

Dalam bahasa Melayu terdapat lima gabungan huruf konsonan, iaitu gh, kh, ng, ny, dan sy, yang masing-masing melambangkan satu bunyi konsonan.
Gabungan Huruf Konsonan : Gh , kh , ng , ny , sy

Contoh Penggunaan : 
di depan : ghairah , khurafat , ngilu , nyata , syabas
di tengah : maghrib , akhirat , bangun , hanyut , asyik
di belakang :  mubaligh , tarikh , pinang , - , arasy


6. PERSUKUAN 

Setiap suku kata bahasa Melayu ditandai oleh sebuah huruf vokal. Huruf vokal itu dapat didahului atau diikuti oleh huruf konsonan. (Pada contoh berikut, V = huruf vokal, K = huruf konsonan).

6.1 Bahasa Melayu mempunyai empat jenis pola umum suku kata:

a. V a-nak, e-kor, ka-I-dah, ba-u.
b. VK er-ti, om-bak, ma-in, ga-ul.
c. KV ra-kit, to-lak, tem-ba-kau, i-bu.
d. KVK pin-tu, pe-ker-ti, hi-lang, be-lum.

6.2 Di samping itu, bahasa Melayu mempunyai pola suku kata yang berikut:

a. KKV pra-ja, kri-ket, in-fra, ga-tra.
b. KKVK blok, trak-tor, prak-tis, stan-dard.
c. VKK eks.
d. KVKK teks, kon-teks, am-bu-lans, bank.
e. KKVKK kom-pleks.
f. KKKV stra-te-gi, skru.
g. KKKVK struk-tur, in-struk-tur, skrip

6.3 Permisahan suku kata pada kata dasar adalah sebagai berikut :

a. Kalau  di tengah kata ada dua huruf vokal yang berurutan , pemisahan tersebut di lakukan diantara kedua-dua vokal itu . Contohnya :

ma-in , sa-sat , bu-ah , liar.

b. Kalau ditengah kata ada huruf konsonan , termasuk , termasuk gabungan huruf konsonan , di antara dua huruf vokal , pemisahan tersebut dilakukan sebelum huruf konsonan atau gabungan huruf konsonan itu , Contohnya :

a-nak , ba-rang , su-lit , la-wan , a-syik , ke-nyang , a-khir ,i-sya-rat , sa-ngat.

c. Kalau ditengah ada huruf konsonan yang berurutan , kecuali gabungan huruf konsonan , pemisahan tersebut terdapat diantara kedua-dua huruf konsonan itu . Contohnya :

man-di , som-bong , swas-ta , mut-lak , ap-ril

d. Kalau ditengah kata ada tiga konsonan atau lebih , pemisahan tersebut dilakukan di antara huruf konsonan yang pertama ( termasuk gabungan huruf konsonan ) dengan huruf konsonan yang kedua .

kon-tra , ul-tra , sang-gul , ang-klung , ikh-las , isy-tihar , magh-rib 


6.4 Imbuhan termasuk awalan yang mengalami perubahan bentuk dan partikel yang biasanya ditulis serangkai dengan kata dasarnya , dalam penyukuan kata dipisahkan sebagai satu kesatuan.

 : ma-kan-nan , me-me-nuh-i , bel-a-jar , mem-ban-tu , per-gi-lah .

6.5 Apabila sesuatu kata terdiri lebih daripada satu unsur dan salah satu unsur itu dapat bergabungn dengan unsur lain , pemisahan sukunya dilakukan dalam dua tahap : (1) di antara unsur-unsur itu , (2) di antara suku-suku dalam masing-masing unsur itu sesuai dengan kaedah 3a , 3b , 3c , dan 3d di atas. Contohnya :

kilo-gram , ki-lo-gram
kilo-meter , ki-lo-meter
foto-grafi , fo-to-grafi

Keterangan : Nama orang , badan undang-undang dan nama diri lain disesuaikan dengan ejaan bahasa Melayu kecuali apabila ada pertimbangan khusus yang menyebabkan penyesusaian itu sukar dibuat atau tidak sesuai

No comments:

Post a Comment